Tuesday, October 12, 2010

kelas terakhir a.k.a ujian bertulis

tarikh : 08Oktober2010
tempat : kafe kolam renang Teratai

  • hari ini merupakan kelas terakhir rekreasi HSM115C
  • hari penghantaran assignment mengenai tempat rekreasi
  • dan paling penting, hari ujian bertulis KO rekreasi 2010. soalan yang mencabar minda, alhamdulillah berjaya dijawab walaupun ada yg x terjawab. ^^

Monday, October 4, 2010

pertandingan sukan bakat baru!


tarikh : 4Oktober2010
tempat : gelanggang bola keranjang pusat sukan UiTM


first time main bola keranjang!
seronok sebab dapat timba pengalaman baru.
berjaya ke quarter final walaupun knowledge basketball KOSONG!
YEAY!!!


Friday, October 1, 2010

Presentation

tarikh : 1Oktober2010
tempat : padang lapang berhampiran wall climbing

  • minggu lepas, kami telah diberi tugasan untuk memilih salah satu ikhtiar hidup (survival skill)
  • pembentagan secara berkumpulan di hadapan rakan-rakan lain
tajuk kami : Pokok
-boleh digunakan sebagai tempat perlindungan
- daun boleh dijadikan alas sebelum mendirikan khemah
-pokok-pokok herba bolah dijadikan ubat semasa kecederaan
  • antara ikhtiar hidup yg dibentangkan ialah ; bintang, matahari, kayu, sumber air, sumber api dan haiwan...

feedback : dapat mengetahui serba sedikit tentang survival skills sekiranya berlaku sebarang masalah.

Friday, September 24, 2010

kompas!


tarikh : 24september2010
tempat : macam biasaaaa,,,

  • belajar cara untuk melihat bearing tempat tertentu
  • belajar cara mengendalikan kompas untuk mencari arah
aktiviti : Kami diarahkan untuk mencari checkpoint
yg telah disediakan oleh kumpulan lain.

feedback : mengetahui cara membaca bearing point menggunakan kompas
cara menggunakan kompas :
1. tujukan pada objek
2. pastikan jarum Utara berada di dalam perumah
3. baca bearing yg terpapar

Friday, September 3, 2010

ikatan tali

tarikh : 3September2010
tempat : kafe kolam renang teratai

  • kami telah diarahkan untuk membawa tali untuk belajar ikatan dan simpulan
  • antara ikatan yg dipelajari ialah:
1. Buku sila
-digunakan untuk menyambungkan tali yg sama saiz

2. Bunga Geti
-menyambung tali yang berlainan saiz

3. Tindih Kasih
- sesuai digunakan untuk menjerut sesuatu contoh nya kayu, binatang

4. simpul lapan

5.simpul manok
-digunakan untuk menyimpul benda licin contohnya kayu


p/s SELAMAT HARI RAYA!

Friday, August 20, 2010

Pemasangan khemah

tarikh : 20Ogos2010
tempat : padang lapang berhampiran wall climbing

  • En. Muiz menerangkan tentang khemah.
  • kami diberi peluang memasang khemah dalam kumpulan
  • khemah digunakan untukk aktiviti perkhemahan yg melibatkan menetap di luar kawasan seperti di hutan.
khemah yg belum dipasang

khemah yg sudah siap dipasang


Friday, August 13, 2010

alatan perkhemahan

tarikh : 13Ogos2010
tempat : cafe kolam renang teratai
  • kami telah diarahkan untuk membawa alatan perkhemahan pada kelas kali ini
  • setiap pelajar membawa sejenis alatan yg perlu dibawa untuk perkhemahan
antara alatan yg digunakan untuk perkhemahan adalah;

lampu suluh - digunakan pada waktu malam untuk tujuan menyuluh.

Dry bag - digunakan untuk melindungi barang dari hujan atau basah.

Pisau lipat - boleh digunakan dalam hutan untuk pelbagai jenis kegunaan contoh nya memotong tali atau makanan.


Sleeping bag - digunakan sekiranya tiada khemah untuk didirikan.
First aid kit - alatan yg wajib untuk dibawa kerana ia boleh digunakan sekiranya berlaku kecederaan.